SJK (C) Ching Chong

Profil

view:  full / summary

Sejarah Sekolah

Posted on February 20, 2010 at 7:46 PM

 

 

SEJARAH SEKOLAH

     Sekolah ini ditubuhkan oleh orang ramai dalam tahun 1911 dan diberi nama "PEI ENG". Pada masa itu, Lembaga Pengurus Sekolah terlibat secara langsung dalam pentadbiran sekolah. Semua Guru Penolong dan Guru Besar dipilih oleh Lembaga Pengurus Sekolah.

 

     Mulai tahun 1928, Lembaga Pengurus Sekolah menukar nama sekolah dan memberikan nama baru iaitu "CHING CHONG". Nama itu terus digunakan sehingga hari ini. Oleh kerana bilangan murid semakin bertambah, Lembaga Pengurus Sekolah terpaksa berikhtiar menyediakan bangunan sendiri.

     Pada masa itu, seorang anak tempatan yang masyhur Encik Khoo Teng Sua telah menghadiahkan sebidang tanah untuk bangunan sekolah. Satu Jawatankuasa Pembangunan telah ditubuhkan untuk menjalankan projek tersebut. Dengan ehsan dan derma daripada orang ramai, sekolah ini dapat didirikan dalam masa satu tahun.

     Pada tahun 1941, sekolah ini terpaksa ditutup kerana Perang Dunia Kedua. Semua perkakas sekolah seperti meja, kerusi, almari, papan tulis dan dokumen-dokumen penting telah musnah dalam kebakaran. Pada akhir tahun 1945 sekolah ini dibuka semula dengan bilangan murid yang kurang daripada 100 orang.

      Pada tahun 1960, bilangan murid telah meningkat sehingga 300 orang dan guru-guru melebihi 10 orang. Kemudian timbul masalah yang baru, iaitu kekurangan bilik darjah. Sekolah terpaksa menjalankan kelas dua sesi iaitu pagi dan petang. Sekolah

meminjam Dewan orang kampung dan Panggung To'Kong Cina untuk menempatkan murid-murid belajar.

     Pada Ogos 1958, Lembaga Pengurus Sekolah mengadakan mesyuarat agung dan mengambil keputusan untuk menambah 10 bilik darjah kepada yang sedia ada. Encik Lim Ah Chai, seorang penduduk tempatan yang terkenal telah menghadiahkan pula sebidang tanah dan salah sebuah daripada 10 buah bilik darjah itu.

Atas kerjasama dan sumbangan yang diberi oleh penduduk Pekan Semeling dan orang luar, maka projek itu dapat dijalankan dengan sempurna. Sepuluh buah bilik darjah, pejabat serta kantin telah siap dibina dan digunakan sejak tahun 1961 hinggalah sekarang.

     Bangunan sekolah yang telah melebihi 100 tahun sejarah itu telah usang dan buruk. Walaupun pihak sekolah sering memohon bantuan untuk mendirikan bangunan baru, tetapi tidak berjaya. Pada tahun 2001, pihak sekolah telah mendapat bantuan daripada JKR dan dapat menukar bumbung bangunan Blok A tetapi Blok B yang juga mengalami ancaman anai-anai masih ketinggalan.

吉打新文英振中国民型华文学校

Posted on January 21, 2010 at 2:48 AM

吉打新文英振中国民型华文学校

SJK(C ) CHING CHONG, SEMELING,08100 BEDONG, KEDAH DARUL AMAN


LOGO SEKOLAH


敬爱勤朴


MENGHORMATI, MENYAYANGI, BERUSAHA


VISI SEKOLAH


SJK (C) Ching Chong akan menjadi sekolah yang cemerlang dalam

daerah Kuala Muda / Yan pada tahun 2010




MISI SEKOLAH


SJK (C) Ching Chong akan berusaha untuk


  • Memantapkan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran kurikulum.
  • Mempertingkatkan profesionalisme guru dan staf
  • Memantapkan budaya dan kemahiran belajar serta mempertingkatkan semangat daya saing.
  • Mempertingkatkan iklim persekolahan yang ceria, selamat dan kondusif
  • Menjalinkan dan mengeratkan hubungan baik antara warga sekolah, waris, komuniti dan agensi luar.


Piagam Pelanggan SJK (C) CHING CHONG

1. Memastikan semua murid tanpa mengira agama, keturunan dan latar belang mendapat kemudahan pembelajaran yang sesuai dan peluang belajar sepenuhnya.

2. Menentukan perkembangan intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak nilai-nilai estetika dan sosial murid-murid dapat berkembang secara menyeluruh.

3. Mengajar dengan penuh dedikasi agar murid-murid dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

4. Merealisasikan Wawasan Pendidikan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Sekolah.

5. Sentiasa peka dan responsif terhadap kehendak murid-murid dan berusaha menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat dan selesa.

6. Membantu menyelesaikan masalah persekolahan anak/jagaan dengan cepat, tepat dan berkesan.

7. Sentiasa memberi layanan yang mesra kepada semua pelanggan.

8. Sentiasa memberi perkhidmatan yang penuh rasa tanggungjawab.

9. Sentiasa bersedia menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran ke arah kecermelangan akademik.

10.Berusaha mewujudkan perkhidmatan yang cekap dan sentiasa peka dengan arahan dan kehendak Jabatan/Kementerian Pelajaran.

服务守则      ETIKA KERJA

服务全体 温馨第一

迅速行动 恰当处理

准时不怠 素质延续

互助互敬 同舟共济

真诚服务 信赖可取

维护形象 共同努力

MELAYAN SEGALA, PENUH MESRA.

MENYELESAI SEGERA, BUDI BICARA.

MENEPATI MASA, KUALITI DIPELIHARA.

IKRAM BERSAUDARA, SEBULAT SUARA.

IKHLAS BEKERJA, AMANAH DIJAGA.

IMEJ KITA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

 

 

国 家 教 育 哲 理

 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

马来西亚的教育事业是一项持续性的努力,旨在

更全面性及综合地启发个人的潜能,以培养一个

平衡及和谐的个人。其中包括根据信奉上苍的原

则来达到知识、精神、感情及体能各方面的发展。

这项努力是在于培养成为有丰富知识、专门技能

、高尚品格、有责任感及有能力达到个人的幸福

,同时为家庭、社会和国家的安宁和繁荣作出贡

献的大马公民。

        

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkanpotensiindividu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan, Warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan

,berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


Rss_feed