SJK (C) Ching Chong

Profil

Sejarah Sekolah

Posted on February 20, 2010 at 7:46 PM

 

 

SEJARAH SEKOLAH

     Sekolah ini ditubuhkan oleh orang ramai dalam tahun 1911 dan diberi nama "PEI ENG". Pada masa itu, Lembaga Pengurus Sekolah terlibat secara langsung dalam pentadbiran sekolah. Semua Guru Penolong dan Guru Besar dipilih oleh Lembaga Pengurus Sekolah.

 

     Mulai tahun 1928, Lembaga Pengurus Sekolah menukar nama sekolah dan memberikan nama baru iaitu "CHING CHONG". Nama itu terus digunakan sehingga hari ini. Oleh kerana bilangan murid semakin bertambah, Lembaga Pengurus Sekolah terpaksa berikhtiar menyediakan bangunan sendiri.

     Pada masa itu, seorang anak tempatan yang masyhur Encik Khoo Teng Sua telah menghadiahkan sebidang tanah untuk bangunan sekolah. Satu Jawatankuasa Pembangunan telah ditubuhkan untuk menjalankan projek tersebut. Dengan ehsan dan derma daripada orang ramai, sekolah ini dapat didirikan dalam masa satu tahun.

     Pada tahun 1941, sekolah ini terpaksa ditutup kerana Perang Dunia Kedua. Semua perkakas sekolah seperti meja, kerusi, almari, papan tulis dan dokumen-dokumen penting telah musnah dalam kebakaran. Pada akhir tahun 1945 sekolah ini dibuka semula dengan bilangan murid yang kurang daripada 100 orang.

      Pada tahun 1960, bilangan murid telah meningkat sehingga 300 orang dan guru-guru melebihi 10 orang. Kemudian timbul masalah yang baru, iaitu kekurangan bilik darjah. Sekolah terpaksa menjalankan kelas dua sesi iaitu pagi dan petang. Sekolah

meminjam Dewan orang kampung dan Panggung To'Kong Cina untuk menempatkan murid-murid belajar.

     Pada Ogos 1958, Lembaga Pengurus Sekolah mengadakan mesyuarat agung dan mengambil keputusan untuk menambah 10 bilik darjah kepada yang sedia ada. Encik Lim Ah Chai, seorang penduduk tempatan yang terkenal telah menghadiahkan pula sebidang tanah dan salah sebuah daripada 10 buah bilik darjah itu.

Atas kerjasama dan sumbangan yang diberi oleh penduduk Pekan Semeling dan orang luar, maka projek itu dapat dijalankan dengan sempurna. Sepuluh buah bilik darjah, pejabat serta kantin telah siap dibina dan digunakan sejak tahun 1961 hinggalah sekarang.

     Bangunan sekolah yang telah melebihi 100 tahun sejarah itu telah usang dan buruk. Walaupun pihak sekolah sering memohon bantuan untuk mendirikan bangunan baru, tetapi tidak berjaya. Pada tahun 2001, pihak sekolah telah mendapat bantuan daripada JKR dan dapat menukar bumbung bangunan Blok A tetapi Blok B yang juga mengalami ancaman anai-anai masih ketinggalan.